Blogger Widgets

Wednesday 25 January 2012

WARKAH KEPADA GENERASI (Amiruddin Md Ali Hanafiah)


WARKAH KEPADA GENERASI
(Amiruddin Md Ali Hanafiah)
Text Box: Maksud Sajak 




Rangkap 1

Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang.  Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka.

Rangkap 2

Penyajak mengingatkan generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka sekarang merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha mendapatkan kemerdekaan negara.

Rangkap 3

Penyajak mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan sejarah negara.


Text Box: Tema 




Sajak ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada golongan muda/generasi sekarang tentang sejarah kemerdekaan negara.


Text Box: Persoalan 




1.    Persoalan generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka.

2.    Persoalan kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita.

3.    Persoalan kepentingan sejarah kemerdekaan negara.






Text Box: Gaya Bahasa 




1.      Metafora 
tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5)
istana merdeka (Rangkap 2, baris 5)
akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

2.      Sinkope
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

3.      Asonansi
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4)
pengulangan vokal ’a’

4.      Aliterasi
 tercabut dari bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3)
pengulangan konosonan ‘t’.


Text Box: Nada 




Sajak ini bernada patriotik.


Text Box: Bentuk 




1.      Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

2.      Rima akhir bebas.

3.      Jumlah baris serangkap bebas
Contohnya : Rangkap 1-5 baris,  Rangkap 2 – 5 baris dan Rangkap 3 – 3 baris).

4.      Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.

5.      Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.

Text Box: Nilai 




1.    Nilai kesyukuran
Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara.

2.    Nilai pengorbanan
Nenek moyang kita sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah.

3.    Nilai cinta akan negara
Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memajukan negara.


Text Box: Pengajaran 




1.      Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk mempertahankannya.

2.      Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara.

3.      Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita tidak lagi dijajah pada kemudian hari.

4.      Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.





No comments:

Post a Comment