BURUNG-BURUNG PAGI
(A.Wahab Ali)
Rangkap 1
Kemunculan
golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari
rezeki telah menyedarkan penyajak.
Rangkap 2
Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk
keluar ke tempat kerja.
Rangkap 3
Penyajak
memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota.
Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit
rezeki atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut
tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.
Rangkap 4
Namun penyajak
dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan kemampuan
mereka walaupun serba kekurangan.
Sajak ini
mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota – Golongan
pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi
untuk mendapatkan makanan.
Persoalan
2. Persoalan keprihatinan
iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib golongan pengemis di
kota tersebut.
3. Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan
diri mereka untuk terus mencari rezeki di kota tersebut.
Bentuk
1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Rima akhir bebas.
3. Jumlah baris bebas.
Contohnya :
Rangkap 1, 2 dan 4 - 4 baris, Rangkap 3 – 7 baris
4. Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah
kata.
5. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas
suku kata.
1. Kata ganda
Apakah ada ulat-ulat
lemah bagimu (Rangkap 3, baris 3)
2. Sinkope
Kulihat kau mematuk pasir pertama (Rangkap 3, baris
1)
3. Asonansi
Dan remah anak-anak sekolah
(Rangkap 3, baris 5)
Pengulangan vokal
’a’
4. Aliterasi
membuka mataku (Rangkap 1, baris 4)
Sajak ini bernada sinis
1. Nilai keprihatinan
Prihatin dengan
nasib golongan pengemis di kota.
2. Nilai kegigihan
Pengemis berusaha
mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.
3. Nilai keyakinan
Golongan pengemis
yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.
2. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya
golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.
3. Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya
golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha
mereka mencari rezeki.
No comments:
Post a Comment