PERSAHABATAN
(Mohd Amran Daud)
Rangkap 1
Gambaran seorang
kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai
lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam
keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui senyum dan
ketawanya.
Rangkap 2
Gambaran seorang
kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua
tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa dengan
kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang
menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama
tanpa sesiapa yang menghalang.
Rangkap 3
Gambaran seorang
kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan
bertindik hidung. Apabila dia melihat
keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka
timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.
Rangkap 4
Kanak-kanak yang
berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka
tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga.
Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri
bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.
Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum
– masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi
mewujudkan perpaduan.
1. Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira
kaum dan agama.
2. Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa
wujudnya rasa sangsi atau curiga antara satu sama lain.
3. Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya
kanak-kanak pelbagai kaum bermain bersama-sama dengan riang dang gembira.
4. Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak
berbangsa Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain
bersama-sama.
Sajak ini bernada patriotik
1.
Kata ganda
Kanak-kanak / Bermain-main / berkejar-kejaran.
2.
Personifikasi
pipi tampak ceria
bergincu (Rangkap 2, baris 3)
3.
Inversi
bertindik hidung menguntum seri (Rangkap 3, baris 3)
4.
Simile
Dirinya bagai digamit bermain
bersama. (Rangkap 3, baris 6)
5.
Anafora
pada wajahnya meriak gembira
pada bibirnya menguntum ceria. (Rangkap 1, baris
5&6)
6.
Asonansi
melihat saja
telatah manja (Rangkap 3, baris 4)
pengulangan konsonan ’a’
7.
Aliterasi
menterjemah makna
kejiranan (Rangkap 3, baris 8)
pengulangan konsonan ’n’.
1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap
2. Jumlah baris adalah bebas.
Contohnya: Rangkap
1- ada tujuh baris, Rangkap 2 – ada
lapan baris, Rangkap 3 – ada
lapan baris dan Rangkap 4 –ada sepuluh baris.
3. Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata
sebaris.
4. Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata
sebaris.
5. Rima akhir bebas
1. Nilai perpaduan
Masyarakat
perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara.
2. Nilai keakraban dalam hubungan persahabatan
Kanak-kanak
pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga.
1. Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa
mengira kaum atau agama.
2. Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka
antara satu sama lain.
3. Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain
bagi menjayakan wawasan negara.
No comments:
Post a Comment