HARI GURU
(Selina S.F. Lee)
Rangkap 1
Semasa sambutan
Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk
melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa
hadapan.
Rangkap 2
Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah
diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.
Rangkap 3
Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan
dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.
Sajak ini
mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru melalui sambutan Hari
Guru.
1.
Persoalan peranan guru mendidik anak bangsa.
2.
Persoalan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita.
3.
Persoalan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul.
4.
Persoalan tugas guru yang sentiasa dikenang dan dihargai.
1. Personifikasi
adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2)
2. Metafora
apakah tiang azam (Rangkap 2, baris 4)
tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)
3. Anafora
ada bunga dikalung
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2
hingga 3)
4. Asonansi
adalah hari
kita. (Rangkap 1, baris 2)
Pengulangan vokal ’a’
5. Aliterasi
masih tegak kukuh
(Rangkap 2, baris 5)
pengulangan konsonan ’k’.
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Rima akhir bebas.
3. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah
kata.
4. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga sebelas suku
kata.
5. Jumlah baris serangkap adalah bebas
Contohnya : (Rangkap
1 – ada sembilan baris, Rangkap 2 – ada
sepuluh baris dan Rangkap 3 – ada tujuh baris).
1. Nilai amanah
Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik
anak-anak mereka.
2. Nilai tanggungjawab
Guru-guru
bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk
membimbing anak bangsa.
3. Nilai penghargaan
terhadap orang yang berjasa
Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari
guru.
4. Nilai kesedaran
Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan mereka
dalam mendidik pelajar.
1.
Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak
mereka.
2.
Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik
dan memberi ilmu kepada anak bangsa kita – sambutan hari guru merupakan salah
satu cara yang dilakukan bagi menghargai para pendidik.
3.
Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh
mereka.
4.
Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita –
jasa para guru hendaklah sentiasa kita kenang.
No comments:
Post a Comment